Bab 2: Arah
1.Umum.
- ditentukan dengan berpandukan kepada arah:-1. Arah matahari terbit dan terbenam.
2. Arah bulan terbit dan terbenam.
3. Kumpulan bintang-bintang di langit seperti:-
• Buruj pari (S)
• Buruj Anjing Besar (U)
• Buruj Belantik (U)
• Buruj Biduk (U)
4. kompas magnetik.
Source : www.malaysian-ghost-research.org/
2. Mengenali kompas magnetik.
- Terdapat beberapa jenis kompas magnetik seperti kompas magnetik mudah, silva dan lenstik .
Kompas Magnetik Silva
Picture Source :http://www.google.com/search?hl=zh-CN&biw=1024&bih=677&tbm=isch&sa=1&q=Kompas+Magnetik+Silva&btnG=
Kompas Magnetik Mudah
Kompas Magnetik Lenstik.
Picture Source :http://www.google.com/search?hl=zh-CN&biw=1024&bih=677&tbm=isch&sa=1&q=Kompas+Magnetik+Lenstik.&btnG=
2.1 Memahami konsep kompas magnetik dan kemagnetan bumi.
- Mungkin anda bertanya, kenapa jarum kompas magnetik sentiasa menunjukkan arah Utara dan Selatan. Fenomena ini ditunjukkan seperti di dalam Rajah 2.1.
- Jarum kompas magnetik sentiasa menghala arah utara kerana daya tarikan semulajadi magnet bumi.
- Jarum kompas sentiasa menghala ke arah daya magnet bumi.
- Sudut hala jarum kompas akan berkurangan secara sekata dari 90° di kawasan kutub magnet ke 0° di kawasan khatulistiwa.
Daya magnet bumi.
- UG (Utara Grid) - Arah utara di atas peta topo mengikut garisan Grid Timuran dalam peta topo.
- UB (Utara Benar) – Arah utara sebenar yang mengikut arah kutub utara yang selari dengan garisan longitud yang menghubungkan Kutub Utara dengan Kutub Selatan.
- UM (Utara Magnet) – Arah utara yang ditunjukkan oleh kompas magnetik di mana arah ini hampir kepada UB.
3. Bearing.
- Bearing adalah ukuran dua arah di antara dua tempat.
- Arah ditentukan berdasarkan ukuran sudut yang dinyatakan di dalam ukuran darjah(°).
- Secara umum, bearing diukur di dalam dua format ukuran iaitu:
• Bearing Azimut.
• Bearing sukuan.
3.1 Bearing Azimut.
- Juga dikenali sebagai bearing penuh dan bearing sudutan.
- Setiap arah diukur dengan menggunakan sudut dari 0° - 360°.
- Bearing diukur mengikut arah pusingan jam.
3.1.1 Kaedah mengukur bearing azimut dengan jangka sudut.
- Cara yang paling mudah mengukur bearing ialah dengan menggunakan jangka sudut.
- Langkah:
1. Lukis garisan lurus melalui utara – selatan melalui poin A.
2. Lukis garisan lurus menyambung poin A ke poin B.
3. Letakkan jangka sudut tepat dengan garisan lurus utara – selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut berada di atas poin A.
4. Sudut dibaca mengikut pusingan jam sehingga ke garisan yang menuju ke poin B.
3.2 Bearing Sukuan.
- Merupakan penentuan arah dengan mengukur sudut bearing secara sukuan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.4.
- Sukuan Utara – Sudut diukur dari arah Utara ke Timur atau Barat.
- Sukuan Selatan - Sudut diukur dari arah Selatan ke Timur atau Barat.
没有评论:
发表评论