2012年8月1日星期三

Bab 10 : Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Bab 10 : Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1.     Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah dari 18.4 juta (tahun 1991)       menjadi 23.7 juta  pada tahun 2000.2.    Perubahan penduduk akan meningkatkan pertambahan permintaan keperluan asas. Kesan seterusnya menyebabkan sumber semula jadi seperti tanah, hutan, dan air semakin teruk.


Sumber


Kesan Pertambahan Penduduk
Langkah-langkah mengatasinya   
Tanah-Tanih


 i. Menggunakan pertanian intensif di kawasan tanah alluvium yang subur di Dataran Kelantan untuk meningkatkan produktiviti padi.


ii. Pembinaan empangan membolehkan
padi ditanam dua kali setahun.


iii. Projek tebus guna kawasan-kawasan berikut;

· Kawasan berpaya di Paya Besar, Pahang untuk penanaman padi.

· Kawasan pinggir pantai di Juru dan Perai (Pinang) untuk  tapak perindustrian.

· Kawasan pantai di Batu Maung (Penang) untuk tapak perumahan.

· Kawasan pantai Penang untuk projek jalan raya Pinggir Pantai atau Coastal Highway.

· Kawasan beralun yang mempunyai tanih laterit dan saliran baik ditanam dengan getah dan kelapa sawit.


i.  Pemulihan kesuburan tanih dengan;

·  Penggunaan baja kimia dan organik yang kaya dengan bahan nitrat dan potassium

·  Amalan tanaman bergilir.


ii.  Pencegahan hakisan tanah melalui;

·  Pertanian teres di cerun bukit seperti Cameron Highland dan Kundasang,
Sabah.

·  Tanaman tutup bumi seperti rumput dan kekacang.

·  Baik pilih kawasan bekas lombong dan ditanam buah-buahan seperti jambu batu, limau barli, belimbing, betik dan pisang di Kampar dan bidor perak.
Hutan
i. Permintaan terhadap kayu balak meningkat untuk membina petempatan.

ii. Habitat hidupan liar musnah dan banyak sepsis haiwan hamper pupus.

iii. Bekalan kayu keras untuk masa 
hadapan berkurangan khasnya sepsis merbau, cengal, seraya, dan jelutong.

iv. Hakisan tanah bertambah kerana 
sinaran matahari terik sampau ke bawah menyebabkan tanah menjadi peroi dan mudah dihakis.

v.  Kawasan tadahan air berkurangan dan boleh menyebabkan krisis air.
Pemeliharaan iaitu usaha merancang, mengurus dan melindungi sumber semula jadi manakala pemuliharaan merujuk kepada usaha baiki pulih sumber yang telah dieksploitasikan dijalankan seperti;

·  Sistem Pengurusan Terpilih(SPT) di Sandakan Sabah dan Sri Aman Sarawak di mana pokok yang cukup matang akan ditebang sahaja.

·  Akta Perhutanan Negara dikuatkuasakan pada 1984 di mana 30% hutan asli diwartakan sebagai Estet Hutan Kekal.

·  Pembentukan Taman Negara yang meliputi kawasan seluas 12.5 juta ekar sebagai kawasan perlindungan hidupan liar seperti Taman Negara Sepilok (orang utan), Taman Negara Endau-Rompin(Badak Sumatera) dan lain-lain.






Air
     





i.   Persaingan yang tinggi dalam 
permintaan sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian seperti air sungai Klang (domestik dan perindustrian) dan air sungai di Dataran Kedah-Perlis(pertanian dan domestik).

ii.  Pembuangan sisa industri dan sampah sarap menyebabkan pencemaran sungai.Contoh sisa kilang dari kawasan Perai mencemari sg.Juru.

iii. Pembinaan empangan besar seperti Empangan Temenggor di Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu mengganggu ekosistem kawasan tersebut.
Di Malaysia pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan sumber air.Antaranya;


·  Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 untuk mengawal kualiti air sungai.

·  Akta Kawalan Pencemaran Pencemaran Air Sungai diluluskan pada tahun 1979 di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang bertanggugjawab dalam memastikan sisa kilang tidak mencemari sungai.

·  Rawatan air kumbahan oleh Indah Water Konsortium.



Source :   http://orangbahasa.blogspot.com/2012/07/bab-10-kesan-perubahan-penduduk.html


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih


1.    Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadapmakanan        bertambah.

2.    Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.

3.    Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian                          bagimenampung keperluan makanan penduduk.

4.    Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, deltadan              dataran.

5.    Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.6.Tanih yang            subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis,Dataran Kelantan          dan Dataran Terengganu.

6.    Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yangsemakin        bertambah.

7.    Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.

8.    Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak          kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.

9.    Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut                                                menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.

10.  Pasir penting dalam industri pembuatan kaca manakala lempung digunakan untuk membuat            barang-barang tembikar dan pasu.

11.  Kegiatan perlombongan untuk mendapatkan mineral seperti bijih timah dan bijih besi juga giat        dijalankan.

12.  Pertambahan penduduk turut mendatangkan kesan negative terhadap penerokaan                          sumber tanih.

13.  Penduduk yang ramai menyebabkan tanih diusahakan secara giat untuk mengeluarkanhasil            tanaman bagi memenuhi keperluan penduduk.

14.  Di Negara kita, penanaman padi secara berterusan tanpa rehat dapat menyebabkanmasalah          tanih menjadi tidak subur.

15.  Kandungan bahan mineral dan organic dalam tanah akan berkurang.

16.  Penanaman padi secara giat juga menyebabkan petani lazimnya membakar jerami padiuntuk          dijadikan baja organic sebelum padi ditanam semula pada musim akan datang.

17.  Kaedah ini biasanya dilakukan kerana kosnya yang lebih murah dan mudah dilakukan.

18.  Pembebasan gas metana akibat reputan bahan organic tersebut hanya akan  merendahkan              suhu bumi.

19.  Petani di Negara Malaysia juga menggunakan teknik moden seperti benih bermutu                          tinggi, baja kimia dan racun serangga untuk meningkatkan hasil tanaman.

20.  Penggunaan bahan kimia dan racun serangga secara berlebihan dan tidak terkawal                          akan membawa kesan negative.


Source :   http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

1.            Penerokaan sumber hutan mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil daripada                          eksport kayu balak.

2.            Di Negara Malaysia terdapat hutan hujan tropika yang luas.

3.            Hutan ini kaya dengan pokok kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal,                      merbau dan berlian.

4.            Hasil balak ini digunakan dalam industri perabot dan sebahagiannya pula dieksport.               
5.            Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan perumahan, pejabat,                jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi.

6.            Langkah ini tentunya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

7.            Terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan penternakan.

8.            Walau bagaimanapun, jika tidak dirancang dengan baik, penebangan hutan secara                            berlebihan akan mendatangkan kesan buruk.

9.            Flora dan fauna mungkin akan pupus.

10.          Penebagan hutan secara berebihan juga mendedahkan lapisan atas tanih pada hakisan                    air larian permukaan.

11.          Sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanih dan melarutkan mineral di dalamnya.

12.          Tanih akan hilang kesuburannya lalu menjadi tandus.

13.          Tanih yang terhakis dibawa oleh air larian ke sungai berhampiran dan mencemarkannya.

14.          Bahan terhakis ini akan dimendapkan ke dasar sungai menyebabkan sungai menjadi                        cetek.

15.          Apabila hujan lebat, banjir akan berlaku kerana isipadu sungai bertambah dan                                  melimpahi kawasan sekitarnya.

16.          Penebangan hutan secara tidak terancang menyebabkan kemusnahan sumber hutan.

17.          Bekalan kayu balak pada masa depan akan terjejas kerana pokok yang ditebang                            mengambil masa yang lama untuk digantikan.

18.          Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan lebih banyak kawasan                  hutan diteroka untuk membina empangan hidroelektrik.

19.          Kawasan hutan yang luas akan musnah dan ditenggelami air.

                 http://www.scribd.com/doc/18986573/nota-geografi-tingkatan-2-bab-711

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Sumber Air

1.       Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.

2.       Sumber air penting untuk kegunaan domestic, pertanian dan perkilangan.

3.       Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman,              menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh bekalan air domestic dan mengawal banjir.

4.       Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman          padi, iaitu sekitar Sungai Muda, Kedah.

5.       Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.

6.       Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan banyak empangan dibina.

7.       Sumber tenaga ini tidak kehabisan dan dapat diguna semula dan pencemaran udara tidak                berlaku akibat pengeluarannya.

8.       Tasik yang terbentuk akibat pembinaan empangan dimajukan untuk kegiatan eko-                          pelancongan dan perikanan. Contohnya, Tasik Kenyir.

9.       Empangan Klang Gate membekalkan bekalan air domestic kepada penduduk dan kilang di              sekitar kawasan Kuala Lumpur.

10.   Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan atau tanah yang lain ditenggelami air.

11.   Pemusnahan hutan ini menyebabkan kehilangan sumber kayu balak yang berharga dan                    mengancamkan kawasan tadahan air.

12.   Hidupan liar seperti gajah di hutan kehilangan habitat.

13.   Petempatan orang asli yang ada juga dipindahkan ke kawasan penempatan semula.

14.   Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa dari rumah dan kilang.


                http://www.scribd.com/doc/18986573/nota-geografi-tingkatan-2-bab-711

Langkah-Langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Sumber Tanih

1.       Tanih merupakan sumber yang dapat dibaharui tetapi proses pembentukkannya memerlukan          masa yang lama.

2.       Kesuburan tanih dapat dikekalkan dengan menggunakan baja kimia dan baja organic.

3.       Pertanian bergilir dan tanaman selingan dapat mengembalikan kesuburan tanah.

4.       Kawasan terbiar seperti bekas lombong bijih timah dan kawasan paya ditebus guna untuk                meluaskan kawasan pertanian.

5.       Di sekitar Ipoh, bekas lombong bijih timah ditanami buah-buahan seperti limau, belimbing dan        jambu batu.

6.       Kawasan perumahan di Puchong dan Bandar Sunway di Selangor dibina di kawasan bekas              lombong bijih timah yang telah ditebus guna.

7.       Sebuah taman tema, Sunway Lagoon yang menjadi tumpuan pelancong dibina juga di kawasan        tersebut.

8.       Paya Besar di Pahang ditebus guna dan ditanami padi.

9.       Kawasan pinggir laut di Bandar Hilir Melaka ditambak dan dibina hotel, kedai dan tempat beli        belah.

10.   Pinggir pantai di Seberang Perai, ditambak dan didirikan Pelabuhan Butterworth.

11.   Di Tanah Tinggi Cameron, sayur-sayuran ditanam di cerun-cerun bukit yang ditereskan.

12.   Tanaman secara hidroponik dijalankan juga untuk menambahkan bekalan makanan.

13.   Teknik moden dengan penggunaan benih bermutu tinggi, baja kimia dan racun serangga dapat        meningkatkan hasil pertanian.

Sumber Hutan.

1.       Pengurusan sumber hutan dapat dijalankan dengan mengadakan amalan silvikultur untuk                rawatan hutan, penebangan terpilih, pembukaan ladang-ladang dan mewartakan taman-taman        Negara.


2.       Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia,          batai, jati, yemane, sentang dan sesenduk.

3.       Pokok kayu jati ditanam secara ladang di Mata Air, Perlis kerana keadaan iklim yang sesuai.

4.       Pokok jati hidup subur di kawasan yang mengalami musim kering antara 3-5 bulan.

5.       Keadaan ini hanya terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

6.       Kawasan bekas lombong juga dapat ditebus guna dan ditanam dengan spesies pokok seperti          tembusu, batai, gelam dan akasia.

7.       Taman Negara dan hutan simpan diwartakan untuk mengekalkan kawasan tadahan hujan               serta melindungi tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

8.       Majlis Perhutanan Negara telah menentukan luas kawasan hutan yang dapat dibalak di setiap        negeri pada setiap tahun.

9.       Langkah ini telah dapat mengawal pembalakan hutan secara berlebihan.

10.   Pembalakan haram dikawalkan dan kesedaran tentang pentingnya hutan dipertingkatkan.

11.   Kempen-kempen mencintai hutan diadakan oeh badan-badan seperti Persatuan Pencinta                  Alam (MNS) dan FRIM.

12.   Penduduk digalakkan membantu usaha kitar semula kertas.

13.   Pokok-pokok di kawasan hutan yang akan ditenggelami air akibat pembinaan empangan perlu        ditebangkan supaya tidak kehilangan kayu balak yang berharga.

14.   Hidupan liar dipindahkan oleh Jabatan PERHILITAN ke kawasan perlindungan seperti                  Taman Negara.

15.   Petani pindah digalakkan menjalankan pertanian kekal.

Sumber Air

1.       Hutan di kawasan tadahan hujan tidak dibenarkan ditebang supaya tidak menjejaskan sumber        air Negara.


2.       Sungai-sungai yang tercemar perlu dibersihkan untuk menampung keperluan penduduk yang          semakin bertambah.

3.       Sumber air utama di Negara Malaysia diperoleh daripada daripada air di permukaan seperti         dari sungai dan tasik.

4.       Bekalan air dapat ditambahkan dengan penerokaan air bawah tanah secara meluas.

5.       Rakyat digalakkan menggunakan air secara bijak dan usaha memulihara sungai dijalankan            oleh kerajaan Negara Malaysia.

6.       Pihak berkuasa air seperti SYABAS perlu memastikan system saluran air bersih ke rumah-            rumah dan kilang-kilang adalah teratur.

7.       Masalah kebocoran saluran paip air bawah tanah perlu dielakkan daripada berlaku.


Source:   http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kesan Perubahaan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1. Pertambahan jumlah penduduk akan membawa KESAN POSITIF dan NEGATIF terhadap             penerokaan sumber alam khususnya sumber tanah,hutan, dan air.

2. Ini kerana pertambahan jumlah penduduk akan mempergiatkan lagipenerokaan sumber-sumber     tersebut bagi menampung jumlah pendudukyang semakin bertambah.

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanah

Kesan Positif

1. Tanih aluvium yang banyak terdapat di dataran dan delta sungai sangatsesuai dan subur untuk       penanaman padi sawah. Contohnya, di DataranKedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran         Terengganu.

2. Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagipenduduk yang semakin         bertambah.

3. Tanih laterit yang banyak terdapat di kawasan beralun dan kaki bukitsesuai untuk penanaman       tanaman komersial seperti getah dan kelapa sawit.

4.Hasil tanaman getah dan kelapa sawit membekalkan bahan mentah untuksektor perindustrian        bagi memenuhi permintaan terhadap barangan kilangyang semakin meningkat.

5. Penerokaan sumber tanih juga dilakukan untuk mendapatkan pasir danlempung. Pasir banyak       digunakan dalam industry pembuatan kaca dansektor pembinaan. Lempung pula digunakan           untuk membuat barangantembikar dan pasu.

6. Kegiatan perlombongan dijalankan untuk mendapatkan mineral sepertibijih timah dan bijih besi.

Kesan Negatif

1. Penerokaan sumber tanih secara besar-besaran akan menyebabkankesuburan tanih terjejas.

2. Pembakaran jerami padi selepas proses penuaian padi untuk dijadikanbaja organik akan                 membebaskan gas metana dan meningkatkan suhu bumi.

3. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia dan racun seranggauntuk meningkat hasil akan     menyebabkan pencemaran air d an ke tandusan tanih.

4. Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan untuk tanah bagitujuan petempatan akan           bertambah. Ini menyebabkan nilai tanah dikawasan bandar akan meningkat.

5. Kegiatan penambakan pinggir pantai dan laut juga akan mencemarkanlaut dan mengancam             hidupan laut.



1 条评论:

  1. 额 我该谢谢你麽 ? 我什么都没看过呢 =_=
    藕只能说 : 到此一游

    回复删除