2012年8月25日星期六

Bab 2: Arah

Bab 2: Arah

1.Umum.

- ditentukan dengan berpandukan kepada arah:-
1. Arah matahari terbit dan terbenam.

2. Arah bulan terbit dan terbenam.

3. Kumpulan bintang-bintang di langit seperti:-
• Buruj pari (S)
• Buruj Anjing Besar (U)
• Buruj Belantik (U)
• Buruj Biduk (U)

4. kompas magnetik.

Source : www.malaysian-ghost-research.org/

2. Mengenali kompas magnetik.

- Terdapat beberapa jenis kompas magnetik seperti kompas magnetik mudah, silva dan lenstik .
Kompas Magnetik Silva
Kompas Magnetik Mudah
Kompas Magnetik Lenstik.

2.1 Memahami konsep kompas magnetik dan kemagnetan bumi.
- Mungkin anda bertanya, kenapa jarum kompas magnetik sentiasa menunjukkan arah Utara dan Selatan. Fenomena ini ditunjukkan seperti di dalam Rajah 2.1.
- Jarum kompas magnetik sentiasa menghala arah utara kerana daya tarikan semulajadi magnet bumi.
- Jarum kompas sentiasa menghala ke arah daya magnet bumi.
- Sudut hala jarum kompas akan berkurangan secara sekata dari 90° di kawasan kutub magnet ke 0° di kawasan khatulistiwa.

Daya magnet bumi.


- UG (Utara Grid) - Arah utara di atas peta topo mengikut garisan Grid Timuran dalam peta topo.
- UB (Utara Benar) – Arah utara sebenar yang mengikut arah kutub utara yang selari dengan garisan longitud yang menghubungkan Kutub Utara dengan Kutub Selatan.
- UM (Utara Magnet) – Arah utara yang ditunjukkan oleh kompas magnetik di mana arah ini hampir kepada UB.



3. Bearing.


- Bearing adalah ukuran dua arah di antara dua tempat.
- Arah ditentukan berdasarkan ukuran sudut yang dinyatakan di dalam ukuran darjah(°).
- Secara umum, bearing diukur di dalam dua format ukuran iaitu:
• Bearing Azimut.
• Bearing sukuan.

3.1 Bearing Azimut.


- Juga dikenali sebagai bearing penuh dan bearing sudutan.
- Setiap arah diukur dengan menggunakan sudut dari 0° - 360°.
- Bearing diukur mengikut arah pusingan jam.




3.1.1 Kaedah mengukur bearing azimut dengan jangka sudut.

- Cara yang paling mudah mengukur bearing ialah dengan menggunakan jangka sudut.
- Langkah:
1. Lukis garisan lurus melalui utara – selatan melalui poin A.
2. Lukis garisan lurus menyambung poin A ke poin B.
3. Letakkan jangka sudut tepat dengan garisan lurus utara – selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut berada di atas poin A.
4. Sudut dibaca mengikut pusingan jam sehingga ke garisan yang menuju ke poin B.

3.2 Bearing Sukuan.
- Merupakan penentuan arah dengan mengukur sudut bearing secara sukuan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.4.
- Sukuan Utara – Sudut diukur dari arah Utara ke Timur atau Barat.
- Sukuan Selatan - Sudut diukur dari arah Selatan ke Timur atau Barat.


2012年8月23日星期四

Bab 1: Kedudukan

1. Umum.

- Semua lokasi yang terletak di atas permukaan bumi memiliki alamat am atau dikenali juga             sebagai ‘global address’.

- Alamat umum ini berasaskan nombor yang dikenali sebagai koordinat iaitu nombor yang                 mewakili kedudukan tempat longitud dan kedudukan tempat latidud.

- Penggunaan alamat umum di atas permukaan bumi dibuat berasaskan kepada garisan latitud dan   longitud yang dikenali sebagai peta grid.

- Jarak di antara garisan 1° sama ada garisan longitud dan latitud dengan garisan yang lain ialah     111Km.

- Jarak antara garisan longitud di atas permukaan bumi akan berkurangan apabila berada di             garisan latitud 45° utara dan selatan ke arah kutub dengan jarak 1° hanya 98Km sahaja.

- Eratosthene (276 – 194 SM) merupakan orang pertama membentuk perkataan Geografi,               merupakan tokoh yang menghasilkan sistem garisan bujur dan garisan lintang dan berjaya             mengukur ukur lilit bumi dengan penuh kejituan.



Source:              http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab1-Kedudukan.pdf
Image Source:   http://www.google.com/imgres?hl=zh-CN&tbm=isch&tbnid=QYla-r-BB7qiSM:&imgrefurl=http://www.scribd.com/panitiageografiksah/d/48630032-Bab1-Kedudukan&docid=rxM2D1YqF5DZpM&imgurl=http://reflow.scribd.com/2wtrbdgpogulkxk/images/image-1.jpg&w=675&h=394&ei=MGorUKWoAcy8iAfF74HQCQ&zoom=1&iact=rc&dur=812&sig=118120630056542826610&page=1&tbnh=107&tbnw=184&start=0&ndsp=15&ved=1t:429,r:6,s:0,i:90&tx=91&ty=33&biw=1024&bih=637

2. Sistem Pemetaan.

- Dalam sistem pemetaan, permukaan bumi dipetakan dengan menggunakan sistem Peta Grid.

- Dalam sistem ini semua tempat dipetakan berdasarkan sistem nombor berdasarkan pada garisan    latitud dan longitud.

- Sesuatu kawasan boleh dipetakan atau boleh dicari dalam sistem grid dengan hanya memberikan   dua nombor rujukan yang merupakan kedudukan garisan latitud dan garisan longitud yang             merupakan titik persilangan kedua-dua garisan.

- Pemetaan permukaan bumi di dalam sistem penentuan lokasi berasaskan teknologi moden             seperti Global Positioning System (GPS ) memanfaatkan sistem peta grid dalam penentuan             lokasi dengan tepat.




Source : http//www.malaysian-ghost-research.orgeducationfilesnotat2Bab1-Kedudukan.pdfPicture Source : https://www.google.com/search?q=Sistem+Pemetaan.&hl=zh-CN&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=IuItUOqrFsbjrAeOv4GgAg&ved=0CEs



3. Garisan latitud.


- Garisan ini adalah garisan yang dilukis secara melintang dan selari dengan garisan khatulistiwa      di dalam pemetaan permukaan bumi.

- Garisan latitud diukur dengan nilai darjah (°) dari 0° hingga 90° utara dan selatan.

- Garisan latitud 0° iaitu garisan khatulistiwa merupakan garisan bayangan yang membahagikan        bumi kepada 2 zon iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.



Picture Source : https://www.google.com/search?q=Sistem+Pemetaan.&hl=zh-CN&prmd=imvns&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=IuItUOqrFsbjrAeOv4GgAg&ved=0CEsQ_AUoAQ&biw=1024&bih=637#hl=zh-CN&tbm=isch&sa=1&q=3.+Garisan+latitud.&oq=3.+Garisan+latitud.&gs_l=img.12...402781.402781.0.403696.1.1.0.0.0.0.75.75.1.1.0...0.0...1c.oK720cEOn_k&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_cp.r_qf.&fp=fc338db67a9bfbb7&biw=1024&bih=673




                    Rajah 1.2: Garisan latitud utama.


- Garisan khatulistiwa merupakan garisan latitud yang mempunyai ukur lilit paling panjang iaitu        45,075.16 kilometer.

- Garisan latitud


4. Garisan Longitud


- Merupakan garisan bayangan yang dilukis dari Utara ke Selatan di atas glob.

- Garisan ini sama panjang dan bertemu di bahagian kutub Utara dan Kutub Selatan.

- Garisan ini sangat penting untuk menentukan waktu tempatan.

- Garisan meridian dilukis berdasarkan kepada garisan meridian pangkal.

- Pada tahun 1884 sekumpulan saintis, pedagang dan juga ahli pelayaran menjadikan Greenwich,     England sebagai meridian pangkal.

- Garisan Meridian Pangkal (Prime Meridian) juga dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich   (GMG) yang terletak di London.

- Nilai sudut bagi garisan Meridian Greenwich ialah 0°.

- Ukuran sudut bagi garisan longitud ialah :-

1. Zon Barat 0° - 180°B 2. Zon Timur 0° - 180°T

- Garisan Longitud 180°T dan 180°B adalah merupakan garisan yang sama dan dikenali sebagai       Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) bersetentang dengan garisan meridian pangkal di atas glob.

- Garisan ini terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik.

- Penting untuk menentukan pertukaran tarikh antarabangsa.


Rajah 1.5: Garisan Meridian Pangkal dan garisan longitud.



5. Menyatakan dan menentukan kedudukan sesuatu tempat berasaskan                 Latidud dan Longitud.

5.1 Kedudukan pada glob.

- Dalam penentuan kedudukan sesuatu tempat di atas glob, titikan rujukan berasaskan garisan         latitud dan longitud digunakan.

- Harus diingat bahawa tertib membaca kedudukan di atas glob dimulakan dengan garisan latitud     diikuti dengan garisan longitud (Latitud, Longitud).

5.1.1 Kaedah menentukan kedudukan di atas glob.

1. Pastikan kedudukan garisan latitud 0° dan juga kedudukan garisan meridian Greenwhich 0°.

2. Pastikan lokasi yang hendak dicari berada di zon yang betul dengan melihat sama ada berada di     zon barat atau timur dengan melihat GMG dan sama ada lokasi berada di hemisfera utara atau       hemisfera selatan dengan melihat garisan latitud 0°.

3. Kebiasaanya kedudukan sesuatu lokasi adalah berdasarkan kepada nilai sudut.


6. Menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta dengan menggunakan garisan latitud dan longitud.

- Garisan lintang adalah sangat penting untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas           permukaan bumi yang berpandukan kepada peta.

- Titik persilangan di antara garisan latitud dan garisan longitud menunjukkan kedudukan tempat      berkenaan.

- Panduan menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan berpandukan kepada garisan latitud       dan garisan longitud ialah nilai garisan latitud disebut dahulu diikuti oleh nilai garisan longitud.
- Garisan latitud dan longitud diukur dengan menggunakan unit:-

1. darjah (° )

2. minit ( ' )

3. saat ( ' ' ) Setiap




6.1 Menentukan kedudukan di dalam kiraan minit (‘ ).


- Jika sesuatu tempat itu terletak di tengah-tengah di antara garisan latitud atau longitud maka         kita kenalah mengira kedudukan mengikut minit ( ' ) dan saat ( ' ').

- Jika kita zoom pada lokasi H maka kita akan dapat melihat H berada di antara garisan latitud 5°   U dan 6°U serta 117°T dan 118°T seperti dalam Rajah 8.

- Ruang antara garisan latitud dan longitud boleh dibahagikan kepada 60 minit kerana 1° = 60           minit.
        
contoh: Kedudukan titik H di atas Peta 1.3.


Rajah 1.8: Penentuan kedudukan di atas kiraan minit (‘).



6.2 Menentukan kedudukan di dalam kiraan saat (‘‘ ).

- Jika sesuatu tempat itu terletak di tengah-tengah di antara garisan minit maka kita kenalah           mengira kedudukan mengikut kiraan saat ( ' ').

- Ruang antara minit boleh dibahagikan kepada 60 saat kerana 1 minit = 60 saat .

- Jika kita zoom pada lokasi H maka kita akan dapat melihat H berada di antara garisan minit ke     30 dan ke 31 di latitud utara dan longitud timur.



Rajah 1.9: Penentuan kedudukan berdasarkan kiraan saat (“)


- Berdasarkan pada pengiraan saat maka kita dapat katakan bahawa kedudukan H berdasarkan     saat ialah berada di saat yang ke 30.

- Dengan berdasarkan pengiraan saat, maka kedudukan lengkap titik H di atas latitud ialah 5°U        30’ 30”, 117°T 30’ 30”.



Peta 1.4: Kedudukan beberapa buah bandar di negeri Sabah.



7. Menentukan kedudukan sesuatu tempat berasaskan waktu tempatan.

- Kedudukan sesuatu tempat di atas glob juga boleh ditentukan dengan berdasarkan perbezaan       waktu tempatan yang terletak di zon waktu sesuatu lokasi dengan lokasi yang lain.

- Dalam konsep ini seseorang perlu mengetahui kedudukan longitud disesuatu tempat serta waktu   tempatan di longitud berkenaan sebelum boleh mencari kedudukan lokasi baru berdasarkan           waktu tempatan di longitud yang hendak dicari.

- Konsep pengiraan adalah sama dengan konsep pengiraan waktu iaitu semua tempat yang berada   di sebelah kanan perlu ditambah dan semua tempat yang berada di sebelah kiri perlu ditolak di       dalam proses pengiraan.

Formula: SW [Selisih Waktu] = Waktu A – Waktu B Contoh
1: Apakah kedudukan longitud X, jika waktu tempatan di 101°T ialah jam 3.00 petang dan waktu tempatan di X ialah jam 6.00 petang?


Waktu Tempatan di X = UT1800 
Waktu Tempatan di 101°T = UT1500 
SW                                    = 1800 - 1500
                                          = 3 jam 
Perbezaan 1° = 4’ 
Oleh sebab itu       3jam = 180’/4’
                                     = 45° 
Kedudukan Longitud X = 101° + 45° 
                                 X = 146°T



8. Zon Waktu dan Waktu Tempatan.

8.1 Waktu Piawai.

- Dalam menentukan zon waktu dan waktu piawai garisan bujur/longitud digunakan sebagai               rujukan.

- Garis bujur digunakan untuk membahagikan bumi kepada zon-zon waktu.

- Semua tempat yang terletak di sepanjang garisan longitud yang sama mempunyai waktu 
  tempatan yang sama. - Zon waktu dunia dibahagikan dalam 24 zon waktu.

- Perkara penting yang harus diingat dalam pengiraan waktu:
   
  Formula: 1° = 4 ( ' ) minit 15° = 60 ( ' ) minit

- Waktu ditambah apabila anda ke Timur (Kanan) dan ditolak apabila ke barat (Kiri).

8.2 Waktu Tempatan.

- Waktu ditentukan berasaskan kedudukan longitud sesebuah negara yang disebut sebagai waktu    tempatan.

- Semua tempat yang berada di longitud yang sama mempunyai waktu tempatan yang sama.
- Pada tahun 1981 kerajaan Malaysia secara rasmi telah menyamakan zon waktu Malaysia barat     dengan zon waktu Malaysia timur dengan menyamakan waktu Malaysia barat sama dengan           waktu di Malaysia timur menjadikan Malaysia menggunakan satu zon waktu piawai iaitu UT+8 (Helmer, 2008).
- Tujuan kerajaan Malaysia menyamakan zon waktu ini adalah untuk menyelaraskan semua aspek sistem pentadbiran di semua peringkat sama ada pihak kerajaan atau swasta.


8.3 Mengira waktu tempatan.

- Pengiraan waktu tempatan melibatkan penentuan selisih waktu dan juga selisih longitud.
- Untuk memudahkan pengiraan semua waktu tempatan dijadikan sebagai waktu piawai (Universal Time (UT))untuk memudahkan pengiraan waktu.
Contoh: 1.45 petang = 1345 12.45 pagi = 2445

Source : www.malaysian-ghost-research.org/

2012年8月1日星期三

Bab 10 : Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Bab 10 : Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1.     Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah dari 18.4 juta (tahun 1991)       menjadi 23.7 juta  pada tahun 2000.2.    Perubahan penduduk akan meningkatkan pertambahan permintaan keperluan asas. Kesan seterusnya menyebabkan sumber semula jadi seperti tanah, hutan, dan air semakin teruk.


Sumber


Kesan Pertambahan Penduduk
Langkah-langkah mengatasinya   
Tanah-Tanih


 i. Menggunakan pertanian intensif di kawasan tanah alluvium yang subur di Dataran Kelantan untuk meningkatkan produktiviti padi.


ii. Pembinaan empangan membolehkan
padi ditanam dua kali setahun.


iii. Projek tebus guna kawasan-kawasan berikut;

· Kawasan berpaya di Paya Besar, Pahang untuk penanaman padi.

· Kawasan pinggir pantai di Juru dan Perai (Pinang) untuk  tapak perindustrian.

· Kawasan pantai di Batu Maung (Penang) untuk tapak perumahan.

· Kawasan pantai Penang untuk projek jalan raya Pinggir Pantai atau Coastal Highway.

· Kawasan beralun yang mempunyai tanih laterit dan saliran baik ditanam dengan getah dan kelapa sawit.


i.  Pemulihan kesuburan tanih dengan;

·  Penggunaan baja kimia dan organik yang kaya dengan bahan nitrat dan potassium

·  Amalan tanaman bergilir.


ii.  Pencegahan hakisan tanah melalui;

·  Pertanian teres di cerun bukit seperti Cameron Highland dan Kundasang,
Sabah.

·  Tanaman tutup bumi seperti rumput dan kekacang.

·  Baik pilih kawasan bekas lombong dan ditanam buah-buahan seperti jambu batu, limau barli, belimbing, betik dan pisang di Kampar dan bidor perak.
Hutan
i. Permintaan terhadap kayu balak meningkat untuk membina petempatan.

ii. Habitat hidupan liar musnah dan banyak sepsis haiwan hamper pupus.

iii. Bekalan kayu keras untuk masa 
hadapan berkurangan khasnya sepsis merbau, cengal, seraya, dan jelutong.

iv. Hakisan tanah bertambah kerana 
sinaran matahari terik sampau ke bawah menyebabkan tanah menjadi peroi dan mudah dihakis.

v.  Kawasan tadahan air berkurangan dan boleh menyebabkan krisis air.
Pemeliharaan iaitu usaha merancang, mengurus dan melindungi sumber semula jadi manakala pemuliharaan merujuk kepada usaha baiki pulih sumber yang telah dieksploitasikan dijalankan seperti;

·  Sistem Pengurusan Terpilih(SPT) di Sandakan Sabah dan Sri Aman Sarawak di mana pokok yang cukup matang akan ditebang sahaja.

·  Akta Perhutanan Negara dikuatkuasakan pada 1984 di mana 30% hutan asli diwartakan sebagai Estet Hutan Kekal.

·  Pembentukan Taman Negara yang meliputi kawasan seluas 12.5 juta ekar sebagai kawasan perlindungan hidupan liar seperti Taman Negara Sepilok (orang utan), Taman Negara Endau-Rompin(Badak Sumatera) dan lain-lain.






Air
     





i.   Persaingan yang tinggi dalam 
permintaan sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian seperti air sungai Klang (domestik dan perindustrian) dan air sungai di Dataran Kedah-Perlis(pertanian dan domestik).

ii.  Pembuangan sisa industri dan sampah sarap menyebabkan pencemaran sungai.Contoh sisa kilang dari kawasan Perai mencemari sg.Juru.

iii. Pembinaan empangan besar seperti Empangan Temenggor di Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu mengganggu ekosistem kawasan tersebut.
Di Malaysia pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan sumber air.Antaranya;


·  Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 untuk mengawal kualiti air sungai.

·  Akta Kawalan Pencemaran Pencemaran Air Sungai diluluskan pada tahun 1979 di mana Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang bertanggugjawab dalam memastikan sisa kilang tidak mencemari sungai.

·  Rawatan air kumbahan oleh Indah Water Konsortium.



Source :   http://orangbahasa.blogspot.com/2012/07/bab-10-kesan-perubahan-penduduk.html


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih


1.    Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadapmakanan        bertambah.

2.    Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.

3.    Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian                          bagimenampung keperluan makanan penduduk.

4.    Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, deltadan              dataran.

5.    Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.6.Tanih yang            subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis,Dataran Kelantan          dan Dataran Terengganu.

6.    Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yangsemakin        bertambah.

7.    Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.

8.    Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak          kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.

9.    Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut                                                menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.

10.  Pasir penting dalam industri pembuatan kaca manakala lempung digunakan untuk membuat            barang-barang tembikar dan pasu.

11.  Kegiatan perlombongan untuk mendapatkan mineral seperti bijih timah dan bijih besi juga giat        dijalankan.

12.  Pertambahan penduduk turut mendatangkan kesan negative terhadap penerokaan                          sumber tanih.

13.  Penduduk yang ramai menyebabkan tanih diusahakan secara giat untuk mengeluarkanhasil            tanaman bagi memenuhi keperluan penduduk.

14.  Di Negara kita, penanaman padi secara berterusan tanpa rehat dapat menyebabkanmasalah          tanih menjadi tidak subur.

15.  Kandungan bahan mineral dan organic dalam tanah akan berkurang.

16.  Penanaman padi secara giat juga menyebabkan petani lazimnya membakar jerami padiuntuk          dijadikan baja organic sebelum padi ditanam semula pada musim akan datang.

17.  Kaedah ini biasanya dilakukan kerana kosnya yang lebih murah dan mudah dilakukan.

18.  Pembebasan gas metana akibat reputan bahan organic tersebut hanya akan  merendahkan              suhu bumi.

19.  Petani di Negara Malaysia juga menggunakan teknik moden seperti benih bermutu                          tinggi, baja kimia dan racun serangga untuk meningkatkan hasil tanaman.

20.  Penggunaan bahan kimia dan racun serangga secara berlebihan dan tidak terkawal                          akan membawa kesan negative.


Source :   http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html


Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

1.            Penerokaan sumber hutan mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil daripada                          eksport kayu balak.

2.            Di Negara Malaysia terdapat hutan hujan tropika yang luas.

3.            Hutan ini kaya dengan pokok kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal,                      merbau dan berlian.

4.            Hasil balak ini digunakan dalam industri perabot dan sebahagiannya pula dieksport.               
5.            Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan perumahan, pejabat,                jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi.

6.            Langkah ini tentunya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

7.            Terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan penternakan.

8.            Walau bagaimanapun, jika tidak dirancang dengan baik, penebangan hutan secara                            berlebihan akan mendatangkan kesan buruk.

9.            Flora dan fauna mungkin akan pupus.

10.          Penebagan hutan secara berebihan juga mendedahkan lapisan atas tanih pada hakisan                    air larian permukaan.

11.          Sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanih dan melarutkan mineral di dalamnya.

12.          Tanih akan hilang kesuburannya lalu menjadi tandus.

13.          Tanih yang terhakis dibawa oleh air larian ke sungai berhampiran dan mencemarkannya.

14.          Bahan terhakis ini akan dimendapkan ke dasar sungai menyebabkan sungai menjadi                        cetek.

15.          Apabila hujan lebat, banjir akan berlaku kerana isipadu sungai bertambah dan                                  melimpahi kawasan sekitarnya.

16.          Penebangan hutan secara tidak terancang menyebabkan kemusnahan sumber hutan.

17.          Bekalan kayu balak pada masa depan akan terjejas kerana pokok yang ditebang                            mengambil masa yang lama untuk digantikan.

18.          Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan lebih banyak kawasan                  hutan diteroka untuk membina empangan hidroelektrik.

19.          Kawasan hutan yang luas akan musnah dan ditenggelami air.

                 http://www.scribd.com/doc/18986573/nota-geografi-tingkatan-2-bab-711

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Sumber Air

1.       Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.

2.       Sumber air penting untuk kegunaan domestic, pertanian dan perkilangan.

3.       Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman,              menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh bekalan air domestic dan mengawal banjir.

4.       Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman          padi, iaitu sekitar Sungai Muda, Kedah.

5.       Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.

6.       Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan banyak empangan dibina.

7.       Sumber tenaga ini tidak kehabisan dan dapat diguna semula dan pencemaran udara tidak                berlaku akibat pengeluarannya.

8.       Tasik yang terbentuk akibat pembinaan empangan dimajukan untuk kegiatan eko-                          pelancongan dan perikanan. Contohnya, Tasik Kenyir.

9.       Empangan Klang Gate membekalkan bekalan air domestic kepada penduduk dan kilang di              sekitar kawasan Kuala Lumpur.

10.   Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan atau tanah yang lain ditenggelami air.

11.   Pemusnahan hutan ini menyebabkan kehilangan sumber kayu balak yang berharga dan                    mengancamkan kawasan tadahan air.

12.   Hidupan liar seperti gajah di hutan kehilangan habitat.

13.   Petempatan orang asli yang ada juga dipindahkan ke kawasan penempatan semula.

14.   Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa dari rumah dan kilang.


                http://www.scribd.com/doc/18986573/nota-geografi-tingkatan-2-bab-711

Langkah-Langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Sumber Tanih

1.       Tanih merupakan sumber yang dapat dibaharui tetapi proses pembentukkannya memerlukan          masa yang lama.

2.       Kesuburan tanih dapat dikekalkan dengan menggunakan baja kimia dan baja organic.

3.       Pertanian bergilir dan tanaman selingan dapat mengembalikan kesuburan tanah.

4.       Kawasan terbiar seperti bekas lombong bijih timah dan kawasan paya ditebus guna untuk                meluaskan kawasan pertanian.

5.       Di sekitar Ipoh, bekas lombong bijih timah ditanami buah-buahan seperti limau, belimbing dan        jambu batu.

6.       Kawasan perumahan di Puchong dan Bandar Sunway di Selangor dibina di kawasan bekas              lombong bijih timah yang telah ditebus guna.

7.       Sebuah taman tema, Sunway Lagoon yang menjadi tumpuan pelancong dibina juga di kawasan        tersebut.

8.       Paya Besar di Pahang ditebus guna dan ditanami padi.

9.       Kawasan pinggir laut di Bandar Hilir Melaka ditambak dan dibina hotel, kedai dan tempat beli        belah.

10.   Pinggir pantai di Seberang Perai, ditambak dan didirikan Pelabuhan Butterworth.

11.   Di Tanah Tinggi Cameron, sayur-sayuran ditanam di cerun-cerun bukit yang ditereskan.

12.   Tanaman secara hidroponik dijalankan juga untuk menambahkan bekalan makanan.

13.   Teknik moden dengan penggunaan benih bermutu tinggi, baja kimia dan racun serangga dapat        meningkatkan hasil pertanian.

Sumber Hutan.

1.       Pengurusan sumber hutan dapat dijalankan dengan mengadakan amalan silvikultur untuk                rawatan hutan, penebangan terpilih, pembukaan ladang-ladang dan mewartakan taman-taman        Negara.


2.       Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia,          batai, jati, yemane, sentang dan sesenduk.

3.       Pokok kayu jati ditanam secara ladang di Mata Air, Perlis kerana keadaan iklim yang sesuai.

4.       Pokok jati hidup subur di kawasan yang mengalami musim kering antara 3-5 bulan.

5.       Keadaan ini hanya terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

6.       Kawasan bekas lombong juga dapat ditebus guna dan ditanam dengan spesies pokok seperti          tembusu, batai, gelam dan akasia.

7.       Taman Negara dan hutan simpan diwartakan untuk mengekalkan kawasan tadahan hujan               serta melindungi tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

8.       Majlis Perhutanan Negara telah menentukan luas kawasan hutan yang dapat dibalak di setiap        negeri pada setiap tahun.

9.       Langkah ini telah dapat mengawal pembalakan hutan secara berlebihan.

10.   Pembalakan haram dikawalkan dan kesedaran tentang pentingnya hutan dipertingkatkan.

11.   Kempen-kempen mencintai hutan diadakan oeh badan-badan seperti Persatuan Pencinta                  Alam (MNS) dan FRIM.

12.   Penduduk digalakkan membantu usaha kitar semula kertas.

13.   Pokok-pokok di kawasan hutan yang akan ditenggelami air akibat pembinaan empangan perlu        ditebangkan supaya tidak kehilangan kayu balak yang berharga.

14.   Hidupan liar dipindahkan oleh Jabatan PERHILITAN ke kawasan perlindungan seperti                  Taman Negara.

15.   Petani pindah digalakkan menjalankan pertanian kekal.

Sumber Air

1.       Hutan di kawasan tadahan hujan tidak dibenarkan ditebang supaya tidak menjejaskan sumber        air Negara.


2.       Sungai-sungai yang tercemar perlu dibersihkan untuk menampung keperluan penduduk yang          semakin bertambah.

3.       Sumber air utama di Negara Malaysia diperoleh daripada daripada air di permukaan seperti         dari sungai dan tasik.

4.       Bekalan air dapat ditambahkan dengan penerokaan air bawah tanah secara meluas.

5.       Rakyat digalakkan menggunakan air secara bijak dan usaha memulihara sungai dijalankan            oleh kerajaan Negara Malaysia.

6.       Pihak berkuasa air seperti SYABAS perlu memastikan system saluran air bersih ke rumah-            rumah dan kilang-kilang adalah teratur.

7.       Masalah kebocoran saluran paip air bawah tanah perlu dielakkan daripada berlaku.


Source:   http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html

Kesan Perubahaan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar

1. Pertambahan jumlah penduduk akan membawa KESAN POSITIF dan NEGATIF terhadap             penerokaan sumber alam khususnya sumber tanah,hutan, dan air.

2. Ini kerana pertambahan jumlah penduduk akan mempergiatkan lagipenerokaan sumber-sumber     tersebut bagi menampung jumlah pendudukyang semakin bertambah.

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanah

Kesan Positif

1. Tanih aluvium yang banyak terdapat di dataran dan delta sungai sangatsesuai dan subur untuk       penanaman padi sawah. Contohnya, di DataranKedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran         Terengganu.

2. Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagipenduduk yang semakin         bertambah.

3. Tanih laterit yang banyak terdapat di kawasan beralun dan kaki bukitsesuai untuk penanaman       tanaman komersial seperti getah dan kelapa sawit.

4.Hasil tanaman getah dan kelapa sawit membekalkan bahan mentah untuksektor perindustrian        bagi memenuhi permintaan terhadap barangan kilangyang semakin meningkat.

5. Penerokaan sumber tanih juga dilakukan untuk mendapatkan pasir danlempung. Pasir banyak       digunakan dalam industry pembuatan kaca dansektor pembinaan. Lempung pula digunakan           untuk membuat barangantembikar dan pasu.

6. Kegiatan perlombongan dijalankan untuk mendapatkan mineral sepertibijih timah dan bijih besi.

Kesan Negatif

1. Penerokaan sumber tanih secara besar-besaran akan menyebabkankesuburan tanih terjejas.

2. Pembakaran jerami padi selepas proses penuaian padi untuk dijadikanbaja organik akan                 membebaskan gas metana dan meningkatkan suhu bumi.

3. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia dan racun seranggauntuk meningkat hasil akan     menyebabkan pencemaran air d an ke tandusan tanih.

4. Pertambahan penduduk menyebabkan permintaan untuk tanah bagitujuan petempatan akan           bertambah. Ini menyebabkan nilai tanah dikawasan bandar akan meningkat.

5. Kegiatan penambakan pinggir pantai dan laut juga akan mencemarkanlaut dan mengancam             hidupan laut.